Wednesday, 5 February 2014

Definition and Term

Actually putera admin utk blog klik sini dah pernah cerita tentang maksud sesetengah perkataan dlm dunia songsang ni.First of all,aku nak tanya kalau korang la antara yg memang x straight (regardless where u know them in real world,or alam maya) bagi korang mana satu words yg korang terima utk describe ur own sexuality Gay,Plu,Lgbt or  apa-apa ja?





Macam bagi aku term gay terlampau extreme dan nmpk mcam yang kita entirely support same sex relationship.Walaupon secara dasarnya gay=plu=lgbt.Jadi mcam klau kita tgk dalam tv series english sekalipun dia akan tulis genre sometimes as lgbt which mean seperti nampk sopan dan berbahasa instead saying gay.Plu plak ak xpasti sgt coz ak jarang guna and ade jugak blog2 yg guna perkataan itu.

Berkenaan dgn term gay plak,dlu dia didefinisikan sebagai relationship between man to man.Nowadays term gay itself refer to man to man or girl to girl as long as involving same sex relationship they called as gay.

p/s:pencuri cinta bakal diupdate esok story 2

Monday, 3 February 2014

Maruah itu penting!

Hai dan selamat tengah hari kpd pmbaca-pembaca sekalian.

Hari ini nk cerita sikit pasal betapa pentingnya maruah itu. Honestly,aku sebenarnya tak kisah pon kalau ada mana-mana org nk letak gmbar bogel,cock,dick or something because it's your own damn blog,intagram,twitter or any social networking.Tapi yang ak nk persoalkan apa yg korang dpt kalau letak gmbar mcm itu? pujian,yes mmg la let say org comment your hot damn picure.

"Wow,gila besar abg punya.Kalau kena ni mahu senak seminggu"

"Wah,sedap nmpak kepala cendawan kau.Pink kebabian lagi itu"

See you got all those comment with all pleasure people will praise you but the question is till when?Sooner kau mungkin cakap nak bertaubat dan nak tinggalkan ajaran2 songsang itu and then berkahwin ditakdirkan kau dapat anak n then anak kau search benda2 mcam tu(if ure not control ur son/daughter) so then how are you gonna explain to them?

Maybe kau boleh la ckp yg

"eh itu,bukan papa la syg org lain"but whose was stupid enough to believe that kan?

So,mohon-mohon lah tarik/delete gambar2 bogel itu.Betul mungkin ade yg ckp suka hati la,blog masing-masing or whatever but remember kita dah tahu yg kita berdosa sebab buat benda-benda yg tak patut sperti abnormal sexuality so then jgn kita tmbah lagi dosa kita yg dh bnyak tu dgn benda2 mcam ni.Sbb benda2 mcam itu kdg2 menunjukkan betapa pentingnya maruah diri.Yes we maybe aint straight but it doesn't mean we have to put our self at bottom of pyramid of society.At least nmpkkn diri itu educational skit.



p/s:sorry aku bukan nak berceramah tapi meluahkan pendapat.



Sunday, 2 February 2014

Pencuri Cinta

Story 1 

5 tahun yang lalu

Syamil terjaga dari tidur dan menoleh ke tepi sambil terkejut melihat seseorang yang dia cukup kenali berada di sebelahnya.Tiada seutas benang pun pada badan mereka berdua.Syamil cuba membuka kakinya.Kepalanya berasa sangat ngilu dan sakit.Berdenyut-denyut macam nak muntah.

“Arghh…sa..sakit”rasa pedih dan ngilu di bahagian bawahnya tidak dapat digambarkan lagi. Kenapa dengan aku ni?Kenapa kelangkang aku perit sangat?Kesan renyuk dan juga beberapa tompokan itu menyakinkan lagi tanggapannya.

Dia bangun dari katil dan hampir terjelempok jatuh dari katil.Dia cuba mencapai pakaiannya.Matanya sudah bergenang dengan air mata.Dia berasa sangat kotor.Dia cuba menahan tangis dan rasa sebak dalam dada.

Dia mencapai apa yang penting sahaja.Sambil menangis teresak-esak dia keluar dari bilik itu dan terus berjalan tanpa arah tujuan.

“Sampai hati kau,sampai hati kau buat aku macam ni.Kau buat aku macam….macam….”sambil mengesat air mata dengan kasar.Mata berhentilah menangis jangan cengeng sangat!

“Aku benci kau.Aku benci kau”

Dia menguatkan diri untuk menahan teksi yang lalu.Sakit dan perit yang dirasakan di bahagian bawahnya sudah tidak dipedulikan lagi.

**********************
Zaman sekarang

Terus Syamil terjaga dari tidurnya dan berkali-kali mengusap muka serta beristighfar sedikit.Kenapa mimpi itu datang balik setelah hampir 5 tahun dia tidak mengalaminya.Dia resah memikirkan hal itu.Adakah ini petanda yang tidak baik?

Dia bangun dari tidur dan terus mandi untuk menunaikan solat subuh.Agak lamalah juga dia bermunajat di atas tikar sejadah untuk berdoa minta-minta di jauhkan dari perkara-perkara buruk seperti yang berlaku dalam mimpinya.Selepas itu dia terus duduk di atas katil dan mengeluarkan jeans hitam serta t-shirt berkolar berwarna biru.Memang malang kerana dia ada kelas pukul 9 pagi dan berhenti di jam 11 pagi.Itu sahaja kelasnya pada hari ini. Lantas dia membuka almari dan mengeluarkan satu kotak kecil bersaiz besar sedikit dari kotak kasut.

Dia mengeluarkan frame gambar keluarganya satu persatu sambil tangannya mengusap gambar arwah ibunya dan tanpa sedar matanya mula berair.Dia mencium lama gambar arwah ibunya itu dengan harapan agar gambar itu dapat mengubat hatinya yang gundah gulana itu.

Dia mengambil pula gambar ayahnya dan gambar mereka sekeluarga.Dia memeluk gambar itu ke dadanya dengan harapan agar rindunya terlerai.

“Ibu,ayah,Amil rindu kan awak berdua”katanya sambil tersedu-sedu menahan perasaan sebak yang menggebu di dada.Setiap kali dia teringat lelaki itu pasti semua kejadian yang berlaku 6 tahun lepas bagai menggamit mindanya.Kawan-kawan dia selalu mengatakan dia cengeng walaupun lelaki tapi menangis apabila orang bercerita tentang ibu bapa dan kalau lah mereka tahu apa yang berlaku pada dia.

Dia meletakkan kembali gambar-gambar itu dan mengambil pula album kecil dalam kotak dan membuka satu persatu helaian album dan menatap wajah orang yang pernah dia sayangi secara tidak sengaja.Kadangkala dia tersenyum melihat gambar-gambar itu dan kadang kala mukanya berubah mendung dan sedih.

Dia mengambil semula gambar keluarganya yang sangat di rinduinya lalu di bawa ke dada sambil berbaring di atas katil.Dia mengambil selimut putih yang di gunakan oleh ibunya itu ke badannya dan dia terus tertidur sambil memeluk gambar itu.

Tiba-tiba dia terjaga dari tidur dan mendapati dirinya berada di suatu tempat yang amat lain dan aneh.Dari jauh dia melihat ada seseorang wanita memakai baju kurung putih berserta tudung putih memandangnya sambil tersenyum.Dia lantas berlari mendapatkan wanita itu dan memeluknya seerat yang mungkin.

“Ibu,Amil rindu sangat kat Ibu”

“Ya,ibu tahu sayang”

“Ibu,Amil nak ikut ibu boleh tak?Amil dah tak nak duduk dekat sini”

“Ibu tahu tak macam mana terseksanya hidup Amil selama ini?Betapa hancurnya hati Amil?”

“Tak boleh sayang,Amil kena duduk sini jaga Ayah dan paling penting bersihkan nama Amil”

“Tapi Ayah tak sayangkan Amil,dia benci Amil.Ayah dah lama buang Amil”kata Syamil sambil menangis teresak-esak.

“Dah sayang jangan menangis,ibu sayangkan Amil dan janji dengan ibu yang Amil maafkan perbuatan Ayah ya sayang?”kata ibunya sambil mengesat air mata nya.

“Sayang ibu pergi dahulu jika ada rezeki kita jumpa lagi”kata ibunya sambil melepaskan pelukan dan perlahan-lahan meninggalkannya.

“Ib..Ibu.Ibu,ibu”panggil Syamil sambil tangannya cubai menggapai ibunya.

“Ibuuuuuuuuuuuu”jerit Syamil.Sampai hati ibu,tinggalkan Amil lagi”sambil lututnya di lantai dia menangis teresak-esak.Tanpa sedar air matanya mengalir sewaktu dia tidur dan terus mengalir.

***************************

Zaman Sekarang
              
        Dia pantas mengambil buku-bukunya dan terus meletakkan dalam beg.Dia bergegas keluar untuk bergerak ke fakulti dan masuk ke dalam kereta myvi hitamnya.Sempat juga merembat satu dua sandwiches di cafĂ© fakulti sebagai alas perut.

Selepas habis kelasnya pada pukul 10 pagi dia terus bergerak ke papan kenyataan fakulti untuk melihat jika ada apa-apa yang patut dia tengok atau advertisement baru keluar.Sepanjang kelas tadi juga dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana masih memikirkan peristiwa dalam mimpinya.

Sedang dia khusyuk melihat iklan tiba-tiba dia terdengar ada suara seseorang berbual dan dia menoleh.Dia berasa amat terkejut dan hampir-hampir sahaja handfonnya terhempas ke lantai.Dia terundur-undur ke belakang dan mula untuk melarikan diri.Ketakutan mula menyelubungi diri kenapa apabila setelah hampir setahun dia belajar kenapa pula orang yang dia benci boleh berada di sini.

Dia terus masuk ke dalam kereta dengan pantas dan membuka aircond sambil cuba untuk menenangkan diri.Ini semua mimpi.Dia mula menampar pipinya perlahan dan sedikit kuat.Aduh,dia mengaduh kesakitan dan tahu bahawa ini adalah realiti.Kenapa waktu dia lagi 2 minggu nak peperiksaan semester akhir tiba-tiba lelaki itu muncul kembali.Sampai sahaja di bilik dia terus masuk serta mengunci biliknya.

Bersambung....


Story,Story!

Aku terfikir untuk membuat satu cerita and actually aku da buat lama since last year and already at 10 parts.
So without making myself more annoying by telling you guys all the history how the story created here i present the synopsis.

Title: Pencuri cinta

Syamil :"Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku bila kau buat aku macam tu?Aku percayakan kau,aku sanggup cakap yang kau tak sengaja.Sampai hati kau "

Adam :"Aku tak tahu,sama ada aku suka kau atau aku cinta kan kau tapi yang pasti aku tak boleh nak berjauhan dengan kau"

Akmal :"Aku dah lama tunggu saat ni untuk musnahkan hidup budak jahanam itu.Peluang dah datang,jadi dia macam menyelam sambil minum air"

Farhana : "Saya cintakan awak ,tapi saya hanya minta awak sayangkan saya sebagai kawan.Is there to much to ask?"

Syazwan: "Mulai hari ini,kau bukan anak aku lagi dan aku tak pernah ada anak bernama Syamil.Anak aku   dah lama mati.Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila dan jangan kau cuba untuk jejakkan kaki kau yang hina itu dekat rumah aku.

Pencuri cinta menampilkan kisah tragis percintaan antara Adam dan Syamil yang penuh cabaran  dengan persoalan tentang konflik jiwa,persahabatan dan keluarga.On air at 10pm this night for it's pilot episode.