Story 14
5 tahun yang lalu
Syamil tidak dapat menumpu kan
perhatian sepenuhnya pada kelas hari ni.Apa yang cikgunya ajar tidak langsung
singgah di otaknya.Semuanya terkeluar.Dia mengeluh dan terus mengeluh.Dalam
kepalanya asyik terfikir kan Adam sahaja.Tiba-tiba dia terfikir adakah Adam
sudah letak ubat guna-guna dalam makanan atau air dia?Apa yang jadi pada aku
ni?Dia mengeluh lagi.Tak akan lah Adam bangang sangat.
Sedang dia menarik beg keluar
dari laci meja tiba-tiba 1 card jatuh.Dia melihat penulisnya,Adam?Apa lagi yang
dia nak.Kad tu bertulis:
“Aku masih tunggu jawapan kau
tentang ajakan aku tu.Malam ni”
Ada sebab kenapa dia tak nak
ikut.Bukan hanya sebab hari tu.Dia jadi takut,jika bertambah rapat nanti dia
yang tidak bersedia untuk lepaskan, dia takut jadi makin sayang.Dia takut,dia
sangat takut dia tinggalkan.Dia tak bersedia.
Syamil memasukkan kad dalam
beg.Hisham yang melihat Syamil seperti hilang semangat menyapa dan menegur
Syamil.
“Kau ok Syamil?”tanya Hisham
“Err..aku ok je”jawab Syamil
pendek.Dia bergerak keluar dari kelas.
Itu sifat Syamil yang pada Hisham
sangat merisaukan.Dia tidak suka bercerita masalahnya baik sakit,problem,atau
belajar.Semua dia pendam.Dia lebih suka mendiamkan diri.Dia lebih suka
berahsia.Syamil seorang yang sangat-sangat perahsia.Baik perihal
family,kawan-kawan dan lain-lain semua dia simpan kemas.
Prinsip hidup Syamil.Diam bukan
bermakna kita kalah kita cuma berusaha untuk mengelakkan pergaduhan.Lagipun
bagi Syamil “Never argue with idiot people”.
“Syamil tunggu aku”
Selepas solat asar dia berteleku
atas sejadah sambil berdoa pada Allah.
“Ya Allah ampunkan dosa ibu
bapaku.Dosa aku sendiri,adik beradikku ,kawan-kawan dan guru-guruku dulu,kini
dan akan datang.Ya Allah,berikanlah keberkatan kepada mereka.Berikanlah
kemudahan dan kebaikan pada mereka.Berikan lah rahmat dan keberkatan kepada
orang yang aku sayang tapi tidak boleh aku miliki sampai bila-bila iaitu
Adam.Lindungilah dia.Ampunkan dosaku kerana mencintai seorang lelaki.Tolong
hapuskan perasaan cinta dia pada aku jika ada.Amin”hampir menitis air mata
Syamil membacakan doa.Perasaan sebak dan pilu menyerang dalam hatinya.
Dia meneruskan lagi dengan
membaca Al-quran agar hatinya tenang.Ketenangan yang perlu dicari bukan di
bina.Namun di mana nila ketenangan itu jika hati sendiri berbolak
balik.Perlukah dia mengikut kata hati sedangkan bila nafsu sudah mula menguasai
diri tiada guna lagi?Dia buntu.Dia keliru.Apa yang patut dia buat?
Selepas prep malam,Adam masih
gelisah menanti jawapan dari Syamil.Dia rasa sudah tidak boleh bertenang
lagi.Kenapa dia rasa macam ni?Kenapa dia nak sangat Syamil ikut?Entah.Yang
pasti dia tidak sanggup berjauhan dengan Syamil.Sedang dia berfikir-fikir
tiba-tiba pinu biliknya di ketuk.Dia pun dengan pantas ingin membuka
pintu.Sebaik sahaja di buka Adam mengeluh kekecewaan.
“Wehh,macam mana Dam?Jadi tak kau
ikut?Syamil jadi?”tanya Akmal dengan penuh semangat.
“Ermm,nanti aku bagi…”belum
sempat Adam menjawab Syamil muncul di hadapan pintu bilik Adam.
“Adam aku nak cakap sikit dengan
kau.Berdua sahaja”Syamil menekan ayat berdua sambil mengerling ke arah Akmal
tajam.
“Ok.Ok.Biasalah couple nak
manja-manja kan”kata Akmal sinis.
“Akmal…”Syamil sudah mula
mengerutkan dahi.
“Bye sayang….”kata Akmal sambil
menyentuh pipi Syamil.Syamil menepis laju tangan Akmal.Akmal berlalu dengan
tawa yang sungguh menyakitkan hati.
Adam menarik tangan Syamil dan
mengunci pintunya dari dalam.
“Macam mana Amil?”
“Kalau aku cakap tak nak?”tanya
Syamil sambil merenung Adam.Adam memandang Syamil tajam lalu dengan segera
menolak Syamil ke atas katil dan menindihnya.Adam mengunci pergelangan tangan
Syamil dan kakinya.
“Betul kau tak nak
pergi?Betul?”kata Adam.Syamil diam.Diam tanpa kata.
Adam mula mencium pipi
Syamil.Syamil mula meronta-ronta minta di lepaskan.Tidak cukup pipi kanan pipi
kiri menjadi mangsa.Tidak cukup itu dahi,leher Syamil menjadi mangsa.
“Kau nak pergi tak?Aku boleh buat
benda ni sepanjang malam”kata Adam sambil mencium pipi Syamil lagi.
“Tak nak..”Syamil masih
berkeras.Adam memikirkan jalan terakhir.Dia menarik nafas kerana dia tidak
pernah bercium mulut ke mulut.Dia mula merapatkan bibirnya pada bibit
Syamil.Syamil memalingkan muka.
“Ok..ok.Aku ikut.Puas hati
kau?”Syamil akhirnya bersetuju.Itu salah satu perangai Adam yang dia tidak suka
iaitu suka memaksa orang.Akan guna apa cara sekalipun untuk pastikan hasratnya tercapai.Dia
paling menyampah perangai memaksa.
*****************
Zaman Sekarang
Suasana tempat itu yang gelap dan
sunyi membuatkan hati En.Syazwan berdebar-debar.Dia terus berjalan dan berjalan
dengan perlahan.Tiba – tiba dia terdengar suara memanggil namanya.Dia
mencari-cari di mana datangnya suara itu.
“Ayah…ayah”
En.Syazwan lantas berpusing dan
melihat anak lelakinya Syamil dengan keadaan yang kusut,kotor dan wajahnya yang
jelas sedih,sayu dengan mata yang berair.
“Ayah,amil minta
maaf.Ayah…maafkan amil”kata Syamil sambil melutut di atas tanah.
“Ayah..maafkan Amil”bersama
dengan air mata yang berjuraian.
Basah pelupuk mata En Syazwan
melihat air matanya.Anak kesayangan dia dalam keadaan sebegitu rupa betul-betul
meruntunkan jiwanya.Hati seorang ayah yang terluka tapi dia tidak pernah
bencikan anaknya.Hiba sungguh dia melihat keadaan anaknya.Dia cuba menggapai
tangan anaknya namun dia seperti menggapai angin.Apa yang berlaku?
“Amill..aya…ayah”
“Amil tak bersalah ayah,tolong
amil ayah,amil sakit sangat ni”
Berjurai air mata En Syazwan
melihat anaknya merintih dan merayu.Tapi hatinya keras tidak mahu menerima
hakikat itu.
“Ayah…amil rindu sangat dekat
ayah.Rindu sangat.Sangat”bersama tangisan yang masih membasahi wajahnya.
Tiba-tiba Syamil berdiri di
hadapan ayahnya.
“Amil sentiasa sayangkan
ayah.Amil sentiasa sayangkan ayah.Amil sayangkan ayah sampai bila-bila walaupun
berkali-kali ayah benci Amil.Amil cuma sayangkan Ayah”kata Syamil perlahan
sambil menunduk dan mencium dahi Ayahnya lama.Lama seperti pergi tidak akan
kembali lagi.Ke mana anaknya ingin pergi?
“Syamil..Amil..Amil..”
Rindu seorang ayah pada
anaknya.Namun kenapa hatinya terlampau keras untuk maafkan anak sendiri?Besar
sangat kah kesalahan anaknya sehingga
bertahun-tahun tidak bercakap?Bertemu mata apa tah lagi.Orang tidak tahu apa
yang berlaku.Hati tuanya terluka gara-gara anak kesayangan sendiri membuat
onar.Dia sakit.Sakit yang amat.Dia menangis sendiri.
****************
Zaman Sekarang
Akmal yang sedang duduk di
hadapan laptopnya terpinga-pinga apabila Farhana masuk ke dalam biliknya sambil
merungut-rungut.
“Apehal ni ana?”
“Laptop ana rosak,mal tengokkan
jap boleh?Da la berlambak assignment nak submit ni”
“Jap ea,Ana guna lah dulu laptop
Mal..ada save kerja dalam pendrive?”
“Ada juga sikit-sikit”kata
Farhana masuk semula ke biliknya dan mengambil pendrive dan kembali.
“Mal pergi tengok jap”kata Akmal
sambil tersenyum sinis.Tak sangka rancangannya berjaya dengan mudah.
Farhana memasukkan pendrivenya
dan mula mencari kerjanya satu persatu dan menghantar emel yang perlu
dahulu.Selepas siap menghantar emel,dia melihat kalau-kalau ada perkara yang
menarik di desktop Akmal.
Tiba-tiba dia terperasan 1 folder
bernama “S & A lovely moment”.Apa tu?Tangannya gatal je nak buka tapi bagi
dia itu tidak menghormati privasi orang lain.Tapi mesti gambar akmal dengan
girlfriend dia.
Dia pun menekan folder
itu.Terkejut.Tergamam.Tidak sangka.Itulah perasaan dia sekarang.Gambar-gambar
Syamil.
Gambar Syamil mencium seorang
lelaki.Gambar Syamil tersenyum memandang lelaki itu.Gambar lelaki itu mencium
dahi Syamil seperti pasangan kekasih.
“Ana,apa yang ana buat?”tanya
Akmal di belakang dengan riak muka yang marah.
“Kenapa Ana sesuka hati nak buka
folder latop mal?Ada minta kebenaran?”jerkah Akmal.
“Sorr..sorry Mal.Ana tak
sengaja”Farhana tergagap berkata dan berlari keluar.Suaranya berubah menjadi
pilu.Sebab tu ke Syamil tolak dia?
Akmal hanya tersenyum.Misi 1 dah
berlangsung dengan mudah.Mula-mula kena racun fikiran Farhana supaya dia tidak
percaya pada Syamil kena tonjolkan betapa jijiknya Syamil.Dia kena tunjukkan
bahawa Syamil adalah tak guna.Syamil tidak ada maruah.
Misi 2?Tunggu dan lihat macam
mana dia akan buat Syamil dan Adam merangkak mencari dia.Kalau boleh dia nak
Syamil sujud merayu pada dia.
********************
Zaman Sekarang
Adam yang geram dengan cabaran
Syamil pantas menarik memaut pinggang Syamil merapatinya.Syamil sudah mula
menggelabah.Makin dekat-dekat.Omg public.Public.
Adam sudah mengetatkan
pelukannya.Dia mula merapatkan mukanya ke wajah Syamil.Adam memang suka
mengusik Syamil kerana baginya apabila Syamil kelam kabut dia nampak sangat
cute.Syamil sudah mula gelabah tanpa berfikir panjang Syamil mengangkat kakinya
dan menendang di kelangkang Adam.Adam yang terkejut dan kesakitan itu
melepaskan Syamil.
“Aduhh,Syamil kau…”kata Adam
sambil tertunduk-tunduk.
Syamil yang terkejut dengan
tindakan dia sendiri mula rasa serba salah.
“Adam,sakit sangat ke?”tanya
Syamil risau.
“Tak adalah,sedap la
sayang..sakit lah bangang!”marah Adam sedikit.
Syamil yang terkejut mendengar
hamburan Adam hanya tersengih saja.Dia hanya mampu memandang Syamil yang ingin
berlalu pergi.Dia cuba mengejar Syamil.Syamil sempat lagi tergelak melihat
keadaan Adam.
Selepas melihat kesusahan Adam
untuk bangun dia membantu Adam.Adam hanya tersengih.Rupa-rupanya Adam datang
dengan kawan dia.Selepas mereka membeli makanan,Adam ingin menumpang pada
mulanya Syamil berkeras untuk tidak bagi lama-lama dia malas nak melayan.
“Amil jom la makan sekali dengan
aku,bosan la makan sorang-sorang”
Syamil sudah mengeluh.Tak apa
lah,dia pun bosan makan sorang-sorang.Selepas makan mereka berdua hanya
mendiamkan diri.Sunyi tanpa kata.Syamil mula bangkit untuk pulang tapi Adam
menarik tangannya.
“Aku nak satu lagu untuk
kau.Mesti kau ingat lagu ni”Syamil yang baru bangun duduk semula.Adam
mengeluarkan gitarnya di tepi meja.
“Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda”
“Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.oh.”
Syamil tergamam.Dia ingat lagu
ini.Lagu malam itu.Lagu malam tu.Tajuk dia ku juga mencintaimu.
“Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu”
“Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu”
Betul ke Adam?Betul ke selama ni
kau pun ada perasaan pada aku.Betul ke Adam?tanya Syamil dalam hati.Kenapa buat
aku macam ni?Aku selalu cintakan kau walaupun aku tak boleh miliki kau sampai
bila-bila.Adam,aku cintakan kau.Kau dah curi hati aku,kau da curi cinta aku.Kau
curi perhatian aku.
Untukmu kekasihku
Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh..
Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu
Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya
“Aku tak tahu Syamil.Aku tak tahu
sama ada aku cintakan atau apa.Tapi yang pasti aku tak boleh berjauhan dengan
kau.Aku rasa sakit”kata Adam dengan penuh sebak.
Syamil mengesat matanya yang
berair.Mata berhenti menangis.Syamil mengesat air matanya cepat.Adam mendekati
Syamil.Memeluk Syamil rapat.Perlahan mencium dahi Syamil.Syamil memejamkan
mata.
Syamil mendongak dan merapatkan
bibirnya pada bibir Adam.Air matanya mengalir laju.Adam membalas ciuman Syamil
dengan penuh syahdu.
“Aku cintakan kau Adam”perlahan
Syamil berkata.Adam membaringkan Syamil di atas katil.Syamil terdiam.Adakah
akhirnya dia akan memilih nafsu?Adakah dia memilih cinta?Wujudkah cinta tanpa
nafsu?Ataupun cinta sahaja tidak cukup?Tak dia tak nak pilih nafsu kerana nafsu
hanya mampu membawa kemusnahan jika tidak dikawal.
Bersambung……………
p/s:Enjoy this part k?Any komen boleh tulis and any suggestion i will consider it ^_^