Tuesday 12 August 2014

Pencuri Cinta

Story 17


5 tahun yang lalu

Syamil memasukkan bajunya perlahan-lahan.Dia mengambil apa yang patut dan hanya layak untuk dia simpan.Dia sudah berjanji untuk tidak menumpahkan air mata lagi.Dia mesti kuat.Perlukah dia lakukan semua ini?Ya,dia pasti.Dia harus selamatkan maruah keluarga dia.Biarlah dia yang mengundurkan diri.

Perlahan-lahan dia keluar dari bilik.Dia menuruni tangga dengan langkah yang longlai.Dia menatap gambar-gambar yang berada dalam rumahnya.Dia tersenyum dalam kepahitan.Dia mengambil satu foto mereka satu keluarga dan menggosok perlahan.

Anak tangga yang terakhir.Ibunya yang baru keluar dari dapur bagaikan tersentak melihat Syamil memandangnya lama.Dia perasan wajah ibunya berubah melihat beg di tangannya.

“Amil,amill..nak pergi mana ni?Bawak beg semua ni..amill..”tanya Pn Saleha yang sudah mula ingin menangis.Soalan pertama yang keluar dari mulut ibunya setelah gambarnya tersebar.

Syamil diam.Dia menatap wajah ibunya yang mungkin kali terakhir dia akan tengok.Syamil berjalan mendekati ibunya.En Syazwan yang baru masuk ke dalam rumah terkedu melihat apa yang berlaku.Dia juga terdiam.

Syamil bersalaman dengan ibunya.Dia mencium lama tangan itu.Ibunya sudah menangis teresak-esak melihat keadaan anaknya itu.Wajah En Syazwan berubah tegang.Dia pantas bergerak mendepani anaknya.Matanya menentang wajah itu.

Dia pantas menarik tangan anaknya itu dan menuju ke muka pintu.Kalau itu pilihan anaknya,siapa dia untuk menghalang?Pedih hati melihat anaknya tergamak berbuat begitu.Kini ingin keluar dari rumah pula?Ingin pergi ke mana?Mengikut lelaki dalam gambar itu.

Pn Saleha cuba mengejar apabila melihat suaminya menarik anak mereka dengan kasar.Farah yang juga baru keluar dari dapur menggorak langkah pantas untuk mendapatkan ibunya.

“Ya Allah…apa yang abang buat ni?”Pn Saleha sudah hampir terjelepuk jatuh.Farah mendapatkan ibunya yang hampir jatuh.Ya Allah,apa lagi ni?tanya Farah dalam hati.

Dengan kuat dia menolak Syamil keluar dari rumahnya dan tidak cukup dengan itu dia mencampakkan beg Syamil sehingga berterabur pakaiannya.

“Amil nak keluar sangatkan dari rumah ayah?Keluar sekarang…jangan balik lagi…keluar sekarangggggg ayah cakapppp”jerit En Syazwan kuat.Perasaan marah dia tidak tertahan lagi melihat kebisuan anaknya itu.

Syamil masih diam.Sejak akhir-akhir ni kebisuan menjadi temannya.Dia bagaikan hilang bicara.Dia mengutip satu persatu pakaian yang bertaburan itu.Hampir menitis air matanya tapi dia tahan kerana dia sudah berjanji untuk tidak menangis lagi.Dia sudah penat menangis.

Perasaan marahnya bagaikan meruap-ruap dalam hatinya.

“Kenapa Amil buat macam ni..kenapa Amil?Amil tak sayang ayah ke?”hampir pecah suara En Syazwan menahan sebak.

“Kenapa Amil nak keluar sangat???Sebab lelaki tu?Jawab Amilllll….jawabbbb”tanya En Syazwan sambil menggoncang bahu Syamil kuat.Syamil memandang wajah ayahnya.

“Pernah tak Ayah tanya Amil?Ayah tak pernah bagi Amil peluang untuk cerita,bagi peluang untuk Amil jelaskan..tapi apa yang ayah buat ayah pinggirkan Amil..ayah tak pedulikan Amil..ayah biarkan Amil sorang..mana ayah time Amil perlukan ayah?Mana ayah waktu Amil tak ada tempat nak bercerita..Amil hampir gila ayah..hampir..”teresak-esak jua Syamil menangis sejurus meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

En Syazwan terdiam dan perlahan melepaskan bahu anaknya.Dia mengusap wajahnya perlahan.Dia juga buntu.Dia juga takut untuk menghadapi hakikat itu.Dia tak sanggup untuk tahu kebenaran.En Syazwan berpusing menghadap anaknya.Pilu dia melihat air mata hati itu.Air mata anak kesayangannya yang jatuh bagaikan duri yang menyerang di segenap ruang hatinya.

“Ayah nak tanya…pernah tak Amil buat apa-apa Amil fikir perasaan Ayah dan Ibu?Pernah tak Amil?Jawab Amil..jawab soalan ayah Amil”tanya En Syazwan sambil memandang tepat ke arah anaknya masih menangis di hadapan pagar rumah.

Syamil masih diam.Dia sendiri tidak mampu untuk menjawab pertanyaan ayahnya.Dia sudah tidak mampu untuk menjawab.Dia sudah penat.

“Ayah tanya buat kali terakhir…be..betu..tul ke Amil buat apa yang ayah nampak dalam gambar itu?”perlahan suara En Syazwan bertanya bersama air mata yang bergenang di pelupuk matanya.Syamil,tolong jawab tak paling tidak jawab tidak sengaja.Ay..ayah tak sanggup tengok Amil macam ni.

Syamil masih diam.Kebisuan Syamil dalam menjawab soalan itu bagaikan memberi jawapan yang tepat pada En Syazwan.

Kini dia pula yang tidak tahu bagaimana ingin menjawab,Syamil pula tidak tahu bagaimana ingin menjawab pertanyaan ayahnya.Kalau dia jelaskan pun,logik kah apa yang dia cuba sampaikan?Bolehkah ayahnya terima?Akhirnya,yang mampu dia buat hanya meminta maaf.

“Amil..minta maaf..ay..ayahhh..”teresak-esak Syamil menangis.Itu sahaja yang mampu dia buat.En Syazwan memandang lama dan merenung wajah anaknya lama.Lama seolah-olah dia tidak akan berjumpa dengan anaknya lagi.

“Syamil keluarlah dari rumah ayah kalau itu yang Amil nak.Buatlah apa yang Amil suka.Ayah tak akan halang lagi.Mungkin salah ayah sebab tak pandai didik anak.Ayah minta maaf kalau ayah gagal didik Amil.Ayah tak boleh nak maafkan Amil sebab hati ayah sakit sangat.Jika ditakdirkan yang ayah pergi dari dunia ni,tak payahlah Amil bersusah payah jenguk ayah sebab tatkala ayah masih bernafas Amil tak pernah fikir perasaan ayah apatah lagi bila ayah dah tak bernyawa nanti”kata En Syazwan sambil memandang lama ke muka anaknya itu.

Menitis juga air mata lelakinya apabila mengucapkan kata-kata itu kerana terlampau sakit hati dan sedih.Air mata yang jatuh disebabkan onar yang anak sendiri lakukan.Tapi perasaan marahnya lebih menguasainya kini.Kenapa?kenapa anak-anak selalu membuat perkara yang mengecewakan ibubapa?Kenapa anak-anak tak pernah faham perasaan orang tua sepertinya.

Pn.Saleha sudah terjelepuk jatuh di muka pintu kerana terlampau sedih.Farah pantas mendapatkan ibunya sambil memeluk erat tubuh itu yang sudah mula lemah.Matanya juga sudah bergenang memandang adiknya yang menangis teresak-esak.Adik-adiknya yang lain masih belum balik dari sekolah.

Syamil sudah menangis teresak-esak dihadapan pintu pagar rumahnya dan memungut bajunya perlahan-perlahan lalu memasukkan bajunya ke dalam begnya dan dia bagaikan tidak percaya mendengar apa yang di katakan oleh ayahnya.En Syazwan berpusing perlahan-lahan membelakangi Syamil dan menutup matanya perlahan.

Tapi bukankah ini pilihan dia?Dia sendiri yang ingin pergi.Tapi kenapa hatinya bagaikan retak beribu mendengar suara dan ayat ayahnya tadi.Melihat genangan air mata ayahnya juga sudah cukup menunjukkan betapa tinggi kekecewaan ayahnya pada dirinya.

 “Ayah,ayah”

“Ayah,amil minta maaf ayah.Amil..”

“Ayah,sampai hati ayah..ayah,ayah”

“Sampai hati ayah..”

“Sampai hati ayah…”teresak-esak Syamil menangis.

Hujan pun mula turun bersama air mata Syamil yang masih bercucuran.Aku tak bersalah.Aku tak bersalah.Cuaca juga bagaikan seperti memahami kesedihan yang bertamu di hatinya.Derhaka kah dia?Sudah jatuhkah status itu pada dia?

Belum sempat dia membalas jasa ibubapanya dia sudah menjadi anak yang tidak mengenang budi.

“Ayah halalkan apa yang ayah berikan pada Amil.Ayah halalkan kasih sayang yang ayah pernah bagii…pergilah Amil..pergilah..Amil pergilah jauh dari Ayah…”sebak En Syazwan berkata membelakangi Syamil.

“Pergilah anakku…ayah sayangkan Amil.Maafkan ayah kerana masih belum mampu maafkan Amill”perlahan En Syazwan berbisik sendiri tanpa menoleh lagi.Sudah tamat kisah kasih sayangnya untuk anaknya.Apa yang tinggal untuknya?Hanya kenangan bersama anaknya itu.

 **********************
Zaman Sekarang

En Syazwan tersentak dari lamunan.Jauh dia melayan sehingga peristiwa Syamil meninggalkan rumahnya bagaikan masih terbayang di ruang mata.Dia mengusap mukanya perlahan.Masih terbayang di ruang mindanya betapa sedih anaknya itu.

Sudah 5 tahun berlalu.Dia masih lagi berharap agar kejadian itu semua tidak berlaku.Bukannya dia tidak sayangkan Syamil lagi.Malah rasa sayangnya pada anaknya itu tidak dapat digambarkan lagi.Dia sudah lama memaafkan anaknya itu.Cuma yang dia masih tidak boleh lupakan bagaimana aibnya melihat gambar anak sendiri melakukan benda itu.


Hampir setiap malam dia berteleku di atas tikar sembahyang bertanya di mana silapnya dia sebagai seorang ayah?Adakah didikannya kurang?

Bukannya dia tidak rindu,hampir setiap masa dia akan menjenguk anaknya di sekolah secara diam-diam.Hampir setiap bulan dia masukkan duit dalam akaun Syamil untuk memastikan anaknya itu cukup pakai dan makan.

Dia menatap foto anaknya sedang tersenyum memeluknya.Mata dan kening yang seiras dengan arwah isterinya.Lesung pipit yang terserlah itu mirip sekali dengannya.Dia memegang foto itu dan menggosoknya perlahan.

Kenapa?kenapa anak-anak selalu melukakan hati ibubapa?Kenapa anak-anak tidak pernah cuba menyelami hati tuanya?Dia teringat kata-kata anak sulungnya.

“Kadang-kadang kita kena cuba paksa diri kita untuk maafkan orang,cuba buang perasaan kecewa itu sikit demi sedikit.Along tahu ayah masih marahkan Amil tapi ayah tak rindukan Amil ke?Anak ayah sendiri?”

“Ayah,benda tu dah 5 tahun yah.Kita sendiri tak pasti betul atau tidak sampai sekarang”


******************

Zaman Sekarang

Syamil membuka matanya perlahan.Oh god, why is it so dark in here? Dia bertanya sendiri.Dia mengerling ke arah jam tangannya.Dah pukul 10.Tapi tadi aku pass out.Siapa yang angkat aku?Dia memandang satu figure yang sedang tidur di meja belajarnya.

Adam?Dia cuba bangun dan memanggil Adam.

“Adam…adam”panggil perlahan.Tiba-tiba tubuh itu bergerak dan dia memaling mukanya.Syamil terkejut dan masih terkejut.Banyak betul kejutan pada minggu ni.Orang yang paling dia tidak sangka berada di dalam biliknya.Berdua sahaja.

“Akmal..akmal..apa kau buat dekat sini?”tersekat-sekat Syamil bertanya.Dia menarik selimutnya dan meraba pakaiannya dan melepaskan nafas lega kerana masih berada lengkap di badannya.

Akmal bangun dan mendekati Syamil sambil tersenyum.Akmal menghulurkan segelas air mineral padanya.Dia melihat air itu berkali-kali sebelum meneguknya.Kot-kot ada racun atau apa-apa lah.Tapi di sebabkan tekaknya kering yang amat dia pun meneguk air tu dengan pantas.

“Kau ok?Kau ada penyakit panic attack ke?”tanya Akmal sambil memandang mata Syamil.Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Pengidap penyakit panic attack ini selalunya disebabkan ‘fear of dying’,faintness dan fashing vision.Panic attack juga salah satu dari simpton anxiety disorder.Panic attack biasanya bermula dari peningkatan kadar degupan jantung,pendek pernafasan,pening-pening.Kadangkala penyakit ini boleh jadi serius jika kerap berlaku.
“Hurmm..ya..macam mana kau tahu?”tanya Syamil.Sebenarnya dia nak tanya macam mana kau boleh ada kat sini  tapi dia tidak jadi bertanya.

“Dah biasa handle orang yang macam itu Syamil”kata Akmal sambil tersenyum lagi.

“Ermm..kenapa kau tiba-tiba macam ni?”

“Errr..tak ada apa-apa.Ada problem sikit”kata Syamil berselindung.Dia kalau boleh tidak mahu sesiapa yang tahu benda tu terutama Adam dan kawan-kawannya.

“Ok..kalau kau rasa tak selesa untuk cerita kat aku..fine”

“Kenapa..kau kat sini?”tanya Syamil aneh.Dia berasa pelik dan curios.Apabila dengan Akmal perasaan itu harus wujud.Tapi semua itu berubah disebabkan peristiwa lama yang jauh ke belakang.

“Hurmm..saja.Aku nak jumpa Adam”kata Akmal sambil bergerak ke meja semula dan melihat – lihat apa yang menarik di meja Syamil dan jantung Syamil bagaikan terhenti berdetak apabila tangan Akmal menyentuh laptopnya masih terdapat pendrive di port usb.

Tanpa amaran Akmal membuka laptop Syamil yang memang jelas tidak ada passcode dan video yang masih terentang hanya tinggal untuk di tekan untuk di main semula.

“Akmalll…jangannn”belum sempat Syamil bangun dan harapannya lebur.

“Ya Allah,siapa yang sanggup buat khianat macam ni sekali”Akmal berkata dengan riak muka yang sungguh terkejut dan tersentak.Dia menggeleng kesal dan air mukanya jelas menunjukkan betapa kecewanya dia dengan pembuat video itu.

Syamil memejamkan mata dan menarik nafasnya dalam-dalam.Dia kena bijak atau dia akan terperangkap sendiri.Tapi benda ni kawan-kawan Adam semua tahu.

“Akmal berat untuk aku cakap ni,tapi aku dapat rasa kau tahu siapa dalangnya sebab kau dan kawan-kawan kau ada dekat sana atau sebenarnya kau sendiri yang buat semua ni?”tanya Syamil tanpa selindung.

“Syamil,aku mengaku..”kata Akmal sambil menundukkan mukanya.Syamil tersentak dan ya,dia yakin pasal ni.Err..sepertiga yakin sebenarnya sebab dia tiada bukti.Sebab dia sendiri pun tidak pasti apa yang betul-betul berlaku.Dia sendiri keliru.

“Aku mengaku yang aku jahat,aku teruk tapi sejahat-jahat aku,aku tak buat khianat dekat orang.Orang yang banyak khianat dekat aku”

“Tapi…”
“Macam mana kau yakin aku buat?Bukan Adam?Bukan kawan-kawan aku?atau bukan kami sebenarnya?Sebab semua orang tak tahu.Kau sendiri nampak yang kita semua pass out malam tu”kata Akmal lagi.

“Tapi kau dengan kawan-kawan kau tak pernah suka aku!”kata Syamil separuh marah.

“Kawan-kawan aku ya..mana kau tahu aku tak suka kau?Pernah aku cakap?”kata Akmal sambil berjalan mendekati Syamil.Syamil bergerak ke belakang,dan langkahnya mati di dinding biliknya.Akmal menunduk dan merenung Syamil lama.

Syamil menentang padangan Akmal.Akmal tersentak dan terkejut kerana tiba-tiba jantungnya berdebar.Tapi dia mengabaikannya.Syamil merenung lama ke dalam mata Akmal.Dia faham mata yang tiada sirna itu.Pandangan yang sentiasa redup.Penuh dengan kekecewaan.

“Aku tak pernah cakap yang aku tak suka kau,aku suka kau,aku suka tengok kau..aku selalu perhatikan kau..tapi kau tak pernah…”bisik Akmal di telinga Syamil sambil mencium-cium di tepi telinga Syamil.Dia merapatkan badannya pada tubuh Syamil.

Syamil dapat berasakan hembusan nafas Akmal yang panas di telinganya.Dadanya berdetak kencang.Dia tidak dapat nafikan bahawa Akmal juga mempunyai figura yang menarik.Kening lebat,badan sedikit sasa.Wajah yang iras-iras Nolan Funk.

“Macam mana…kau yakin Adam tak terlibat?mana tahu…dia sebenarnya dalang yang kau cari?Mungkin dia sahaja gunakan kau?Mungkin apa yang dia buat ni semua sebab nak tarik perhatian kau”bisik Akmal perlahan di telinga Syamil.

“Syamil…”panggil Akmal sambil menggerakkan tangannya ke belakang pinggang Syamil.Bibirnya perlahan mendarat di pipi Syamil sambil matanya memandang ke luar.Ada kelibat manusia dia hadapan bilik Syamil.Dia tersenyum sambil mencium lagi pipi Syamil lagi.

Apabila Syamil masih diam,dia meneruskan lagi sambil matanya memandang ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka.Makin mudah rupanya.Sejak akhir-akhir ini banyak betul dia bernasib baik.

*******************************
Zaman Sekarang

Adam menutup pintu biliknya kuat.Dia menutup mata dengan perlahan-lahan cuba menghalau bayangan Akmal mencium Syamil.Dia betul-betul cemburu.Bayangan wajah Akmal yang tersenyum sinis memandang dia tadi membuatkan rasa marahnya berganda.

Dia duduk di katil sambil memegang kepala.Dia menghelakan nafasnya perlahan-lahan.Dia tahu Syamil bukan macam itu.Dia yakin Syamil bukan murah macam itu sekali.Bayangan tadi bagaikan bermain-main di ruang matanya.

Perasaan cemburu dan sakit hatinya berganda-ganda.Semua bercampur aduk dalam hatinya.Dia sakit hati melihat Akmal sesuka hati mencium Syamil.Dia sangat-sangat tidak boleh terima.Bagaimana kalau apa yang Akmal katakan itu betul??

“Cuba kau tanya senior yang lain berapa ramai lagi yang dia dah layan”kata-kata Akmal bagaikan tergiang di telinganya.

“Dia tak sama dengan Syamil yang kita kenal dulu”

“Dia bukan orang yang sama”


Adam memejamkan matanya sambil mengusap mukanya perlahan.Apa yang patut dia buat?Percaya sahaja apa yang terentang di hadapannya?Ikut perasaan cemburunya itu?

Bersambung...

4 comments: